Search Topic

Tips Mudah Menghindari Ransomware

Seperti yang kita sedia maklum, dunia telah digemparkan dengan kewujudan 'Ransomware WannaCry', iaitu sejenis malware yang akan mengunci fail-fail dokumen yang terdapat pada komputer dan meminta sejumlah bayaran untuk membuka semula kunci tersebut.
Bagi mengelak perkara ini dari berlaku, berikut disertakan;

10 Langkah Pencegahan dan Penjagaan Komputer.
  1. Sentiasa melakukan backup berkala di luar komputer, contohnya menggunakan external hardisk, USB drive, CD, DVD dan lain-lain.

  2. Tidak membuka pautan (link) yang mencurigakan yang terdapat dalam emel sama-ada dalam inbox ataupun dalam 'spam/junk' folder atau rujuk dahulu pada pegawai IT sekiranya perlu.

  3. Sentiasa lakukan scan attachment sebelum fail dibuka.

  4. Tidak melayari laman web yang tidak berkenaan dan tidak penting dengan urusan.

  5. Elakkan guna wifi awam (public wifi).

  6. Tutup sambungan rangkaian jika tidak menggunakan internet.

  7. Pastikan komputer anda mempunyai antivirus yang dikemaskini dan 'up to date'.

  8. Tutup komputer (shutdown) jika tidak digunakan.

  9. Langkah 1 hingga 6 juga perlu digunapakai untuk pengguna-pengguna telefon pintar, tablet dan lain-lain gajet.

  10. Segera melaporkan pada pegawai IT sekiranya mendapati komputer dalam keadaan pelik dan menunjukkan simptom luarbiasa secara tiba-tiba.


Bersama kita mencegah Ransomware kerana sehingga kini masih tiada ubatnya.