Search Topic

Konfigurasi Emel 1GovUC Pada Peranti Mudah Alih


1GovUC bertujuan untuk memperkasa dan menambahbaik urusan komunikasi dan kolaborasi dalam urusan harian pentadbiran / business activities Sektor Awam melalui integrasi dan konsolidasi saluran-saluran komunikasi secara selamat. Projek ini akan menjadi pemangkin kepada peningkatan keberkesanan pentadbiran awam dan perluasan penggunaan aplikasi-aplikasi umum dan strategik.

Berikut adalah manual konfigurasi mengikut jenama peranti :-
Maklumat lanjut mengenai 1Govuc boleh layari laman sesawang 1GovUC Portal.


Adobe Flash Player

Adobe Flash Player ialah perisian yang memaparkan animasi dan filem dengan menggunakan atur cara komputer seperti pelayar web. Flash Player ialah pemain multimedia dan aplikasi ciptaan Macromedia, kini dibangunkan dan diedarkan oleh Adobe setelah membeli Macromedia. Flash Player menjalankan fail-fail SWF yang boleh direka dengan menggunakan alat pengarangan Adobe Flash rekaan Adobe Flex, atau mana-mana alat Macromedia yang lain dan pihak ketiga.

Nama Adobe Flash, atau sekadar Flash, merujuk kepada program pengarangan multimedia tersebut ataupun Adobe Flash Player edaran Adobe yang menggunakan grafik vektor dan raster, bahasa penskripan tersendiri iaitu ActionScript dan penstriman video dan audio dwiarah. Sebenarnya, Adobe Flash hanya memaksudkan sekitaran pengarangan manakala Flash Player ialah mesin maya yang digunakan untuk menjalankan fail Flash, namun erti-erti tersebut sering dicampuradukkan dalam bahasa percakapan. Oleh itu, nama "Flash" boleh memaksudkan sekitaran pengarangannya, pemainnya atau fail-fail aplikasinya.

Flash Player menyokong bahasa penskripan tersirat bernama ActionScript (AS) yang berasaskan ECMAScript. Semenjak diperkenalkan sebagai sintaks skrip tanpa pemboleh ubah, ActionScript telah berkembang maju untuk menyokong kod berorientasi objek, hinggakan keupayaannya boleh dibandingkan dengan JavaScript (satu lagi bahasa penskripan berasaskan ECMAScript).

Pada awalnya, Flash Player direka untuk memaparkan animasi vektor dua dimensi yang ringkas, tetapi kini sesuai untuk mereka aplikasi Internet kaya dan menstrimkan video dan audio. Flash Player menggunakan grafik vektor untuk meminimumkan saiz fail serta menghasilkan fail yang menjimatkan lebar jalur dan masa pemuatan. Flash ialah format yang sering digunakan untuk permainan, animasi, dan GUI yang dibenamkan dalam laman web.

Flash Player tersedia sebagai pemalam untuk versi-versi terkini pelayar web (contohnya Mozilla Firefox, Opera, Safari dan Internet Explorer) di platform-platform terpilih. Adobe menyatakan bahasa setiap versi pemalam adalah serasi dengan versi sebelumnya, kecuali perubahan ciri-ciri keselamatan yang diperkenalkan dalam Versi 10.
Credits to Wikipedia

Download --> Adobe Flash Player 12.0 Offline Installer (for other browsers).