Search Topic

Audit Komputer Anda


Perisian WinAudit merupakan salah satu perisian untuk mengaudit kandungan dalam komputer anda dan inventori perisian, lesen, konfigurasi keselamatan, hardware, startup programs, running process, dan lain-lain lagi termasuk tetapan rangkaian disamping sangat mudah didapati dan digunakan, mesra pengguna serta ianya adalah percuma. Selain itu, anda juga boleh menyimpan maklumat tersebut dalam format yang diingini. Maklumat lanjut dan perisian WinAudit versi terkini boleh didapati disini.

Contoh maklumat yang dipaparkan;

Selamat mencuba.

Cara Mudah Untuk Membuka Netbook

 
Bagi mereka yang ingin upgrade RAM ataupun hardisk Netbook, tapi tak tahu macam mana nak buka. Berikut hanya beberapa langkah mudah untuk membuka Netbook
[bagi kebanyakan model Acer dan model Netbook 1Malaysia].
  1. Buka klip keyboard pada bahagian atas netbook.
    *Tanggalkan flat cable keyboard dengan berhati-hati. Sewaktu pemasangan semula nanti juga perlu disambungkan dengan berhati-hati juga.

  2. Tanggalkan skru yang bertanda 'Door'.

  3. Bahagian bawah netbook sudah boleh dibuka.

Selamat mencuba.

Joomla! di PC anda

"Joomla adalah sebuah sistem pengurusan kandungan percuma dan sumber terbuka (CMS) untuk menerbitkan kandungan web. Ia dibina di atas rangka kerja aplikasi web model-view-pengawal yang juga boleh digunakan secara bebas."
via Google Translate

Berikut adalah langkah mudah dan asas installation Joomla ke PC anda.

Tips Kesihatan IT

Cara yang salah dan betul ketika menggunakan komputer.

Senaman meregangkan badan sekiranya letih menghadap komputer.


Bina Sistem Operasi Sendiri

 
Anda mungkin biasa menggunakan Sistem Operasi (OS) Windows, LINUX, atau Mac. Pernahkah anda terfikir bagaimana OS ini tercipta? Atau mungkin terfikir untuk menggunakan OS ciptaan sendiri? 

Disini anda berpeluang untuk mencipta OS sendiri secara online iaitu Sistem Operasi Linux. Tiada kemahiran teknikal yang diperlukan untuk mewujudkan sendiri OS Linux online ini. Linux adalah kernel, boleh digunakan untuk mewujudkan Sistem Operasi. Sistem Operasi yang dicipta menggunakan kernel Linux dipanggil Sistem Operasi Linux. Contoh Sistem Operasi Linux adalah Ubuntu dan SUSE. Disini, untuk mencipta Sistem Operasi sendiri, anda tidak perlu handal dalam komputer atau menjadi jurutera program, sebaliknya anda hanya perlu ke website : SUSE Studio.

Program SUSE Studio ini dilancarkan oleh komuniti Sistem Operasi SUSE, bertujuan untuk membantu anda mencipta Sistem Operasi sendiri secara online dan percuma. Anda hanya perlu melawat susestudio.com.

Daftar akaun anda, pilih pakej asas dan persekitaran desktop anda, 32 bit atau 64 bit dan kemudian sesuaikan mengikut kehendak anda seperti Logo, perisian dan lain-lain sebaik selesai mencipta Sistem Operasi Linux anda.

Kemudian, klik pada 'build' dan download image ISO untuk burn ke CD/DVD. Dan akhir sekali, guna CD/DVD tersebut untuk install OS ciptaan anda sama caranya seperti anda install Linux atau Windows. Selamat mencuba.


A to Z Windows CMD Command Line Index

 A
   ADDUSERS : Add or list users to/from a CSV file
   ADmodcmd : Active Directory Bulk Modify
   ARP : Address Resolution Protocol
   ASSOC : Change file extension associations•
   ASSOCIAT : One step file association
   ATTRIB : Change file attributes

 
B
   BCDBOOT : Create or repair a system partition
   BITSADMIN : Background Intelligent Transfer Service
   BOOTCFG : Edit Windows boot settings
   BROWSTAT : Get domain, browser and PDC info 


C
   CACLS : Change file permissions
   CALL : Call one batch program from another•
   CD : Change Directory - move to a specific Folder•
   CHANGE : Change Terminal Server Session properties
   CHKDSK : Check Disk - check and repair disk problems
   CHKNTFS : Check the NTFS file system
   CHOICE : Accept keyboard input to a batch file
   CIPHER : Encrypt or Decrypt files/folders
   CleanMgr : Automated cleanup of Temp files, recycle bin
   CLEARMEM : Clear memory leaks
   CLIP : Copy STDIN to the Windows clipboard
   CLS : Clear the screen•
   CLUSTER : Windows Clustering
   CMD : Start a new CMD shell
   CMDKEY : Manage stored usernames/passwords
   COLOR : Change colors of the CMD window
   COMP : Compare the contents of two files or sets of files
   COMPACT : Compress files or folders on an NTFS partition
   COMPRESS : Compress individual files on an NTFS partition
   CON2PRT : Connect or disconnect a Printer
   CONVERT : Convert a FAT drive to NTFS
   COPY : Copy one or more files to another location•
   CSCcmd : Client-side caching (Offline Files)
   CSVDE : Import or Export Active Directory data


[English] Sparky Linux 2.1 - Game Over


Brand new, two egged SparkyLinux 2.1 ‘GameOver’ is out.
It’s the second, special edition of SparkyLinux ‘GameOver” released for Easter 2013.
It has been directly built on SparkyLinux 2.1 ‘Eris’ and Debian testing ‘Wheezy’.
All packages have been synchronized with Debian testing repos of 24/03/2013.


They made a few big changes so new system features:
- Linux kernel 3.2 i386 for old PC’s
- Linux kernel 3.8-liquorix (option) i686-pae for modern PC’s designed for multimedia and gaming
- libc6 has been updated up to 2.17 from experimental repo
- customized LXDE desktop
- Iceweasel, VLC, Leafpad, Pidgin, Transmission, XChat and a few important apps
- Flash, Java, multimedia codecs, VLC plugin for Iceweasel
- Desura for Linux
- Steam for Linux has been updated up to the latest, stable version
- Wine 1.4.1 (1.5.22 available in repo)
- PlayOnLinux 4.2
- xz compression reducted iso image about 10%
- full system installation on USB stick
- bugs fixing and a few cosmetics changes
- the same set of games: 0ad, 3dchess, airstrike, aisleroit, alienblaster, amphetamine, antigravitaattori, armagetron, asciijump, asylum, atomix, balazar3, balazarbrothers, balder2d, barrage, battleball, berusky, billard-gl, biniax2, blobandconquer, bloboats, boswars, brutalchess, btanks, bygfoot, extreme tux racer, flightgear, foobillard, freecraft, freedroid, frozen-bubble, glchess, glines, gnect, gnibbles, gnobots2, gnome-hearts, gnome-sudoku, gnomine, gnotravex, gnotski, gnubik, gnugo, gsoko, gtali, gtkatlantic, gtkpool, gnuroar, holdingnuts, iango, lightsoff, liquidwar, lincity, lordsawar, maelstorm, mahjongg, megaglest, mokomaze, monsterz, moon-boogy, moon-lander, netmaze, netpanzer, neverputt, open arena, pacman, performous, quadrapassel, scorched3d, slimvolley, snake4, snowballz, super tux, super tux kart, swell-foop, tennix, transcend, trigger-rally, trophy, warzone2100, wesnoth, xmoto, zaz
This time Steam has been installed in ‘normal’ way, means there is the launcher and all dependencies installed only.

It needs to apply the agreement and download the client on first run.
SparkyLinux ‘GameOver’ is available as a large DVD media of 3.2 GB.
For hard drive installation you need minimum 15 – 20 GB of free space (30 GB recommended).
Full USB installation needs 32 GB Pen Drive.
CPU i386 minimum or newer.
Minimum, recommended RAM memory is 512MB – bigger, better.
SWAP partition 512 – 1024MB.

Live system’s user: live
Password: live
Root password is blank.

More about and Download SparkyLinux --> Here.

LENOVO Diagnostics


Perisian utilities untuk produk Lenovo/IBM ini adalah keluaran khas PC Doctor yang digunakan untuk menguji keseluruhan sistem, CPU, RAM dan juga hardisk. Walaupun begitu, kini perisian percuma ini sudah tidak boleh diperolehi lagi kerana kontrak antara syarikat Lenovo dengan PC Doctor sudah tamat. Oleh itu, perisian ini hanya berfungsi untul model-model komputer dan laptop Lenovo/IBM dalam anggaran tahun 2005 hingga 2011. Untuk model-model yang baru, syarikat Lenovo telah mengeluarkan perisian Diagnostics yang baru dan boleh didapati di http://support.lenovo.com.

Bagi yang ingin mencuba PC Doctor for Lenovo ini boleh download --> disini.
Download dan install ke USB Drive saiz minima 1Gb, kemudian boot USB tersebut.


PrintScreen Seluruh Page Website


Anda sangat berminat dengan sesuatu website dan ingin simpan (printscreen) untuk dijadikan rujukan. Tetapi biasanya printscreen hanya akan capture apa yang dipaparkan pada skrin anda sahaja. Maka sekiranya website itu panjang hingga terpaksa scroll ke bawah, anda terpaksa pula prinscreen beberapa kali dan edit pula gambar tersebut. Terdapat pelbagai cara dan software untuk mendapatkan screenshot seluruh website. Berikut salah satu langkah mudah secara online untuk 'snap' website kegemaran anda hanya dengan satu klik sahaja;
  1. Buka page http://ctrlq.org/screenshots/
  2. Copy link website yang anda ingin prinscreen tersebut ke dalam kotak yang disediakan dan klik pada Screen Capture
  3. Seterusnya tunggu beberapa saat untuk proses dan akan keluar info bahawa printscreen website anda sudah sedia, dan seterusnya klik Download Image
  4. Akhir sekali, save image tersebut ke lokasi pilihan anda.
*Contoh page youtube yang di'capture'.

* NOTA : Page 'https:' kemungkinan besar tak dapat capture.



Waktu Standard Malaysia


Waktu Standard Malaysia yang dikeluarkan oleh SIRIM Berhad untuk dijadikan rujukan kepada mereka yang memerlukan waktu sebenar di Malaysia. Buka pautan SIRIM Berhad, dan seterusnya klik pada tab menu sebelah kiri yang tertera 'Malaysian Standard Time' ataupun pautan terus; mst.sirim.my.

Selamat mencuba.


Hiasi Firefox Anda

Ingin menukar skin browser Firefox yang nampak kosong? Dahulunya terdapat page 'getpersonas', kini Mozilla Firefox telah ambil alih dan menjadikannya salah satu page Add-ons Themes for Firefox. Getpersonas sangat menarik kepada pengguna browser Mozilla Firefox, kerana boleh menukar skin / tema browser Firefox mengikut citarasa dan selera pengguna. Berikut hanya beberapa langkah mudah untuk menukar skin browser Firefox anda;

1. Buka pautan ini --> https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/themes/
Seterusnya pilih skin kesukaan anda mengikut kumpulan Themes (menu di sebelah kiri).

2. Skin pilihan anda akan dipaparkan, dan seterusnya anda hanya perlu klik pada 'Add to Firefox'.

3. Kini Firefox anda kelihatan lebih menarik dan ceria.

* Untuk pengguna yang lebih kreatif, anda boleh upload skin ciptaan anda ke page berkenaan untuk dikongsi bersama pengguna lain.


Fakta Menarik PERISIAN


Perisian adalah antaramuka (interface) yang menghubungkan antara pengguna (manusia) dengan mesin. Bahasa perisian atau kod ini pula terbahagi kepada tiga iaitu; perisian sistem, perisian pengaturcara, dan perisian penggunaan atau aplikasi. Berikut beberapa fakta menarik berkaitan dengan perisian:
  • Istilah software pertama kali digunakan oleh John W. Tukey pada 1958.
  • Ciptaan komputer pada pertengahan tahun 1970 mendorong kepada penubuhan firma perisian komputer pertama Microsoft dan Software Arts dengan penghasilan program lembar kerja VisiCalc.
  • Komputer pertama yang boleh menyimpan program perisian merupakan Mesin Eksperimen Skala Kecil Manchester yang dinamakan sebagai Baby. Program pertama mesin ini dihasilkan oleh Tom Kilburn pada 1948 untuk menjalankan Baby.
  • Selepas tahun 1981, program perisian layak untuk dipatenkan oleh Mahkamah Agung.
  • FORTRAN merupakan bahasa pemprograman tahap tinggi pertama yang dicipta oleh John Backus dari IBM pada 1954.
  • Tim Berners-Lee yang mencipta World Wide Web kemudiannya membangunkan bahasa HTML atau hiperteks, HTTP dan URL pada 1990.
  • Generasi kod yang digunakan untuk memprogram komputer dipanggil bahasa mesin atau kod mesin. Ia gabungan nombor 0 dan 1 di mana komputer menterjemahnya sebagai arahan elektrik.
  • Pada 1983, Microsoft Corporation mengumumkan perisian Microsoft Windows untuk komputer IBM dan hampir-hampir menamakannya Interface Manager.
  • Program pertama penerbitan desktop direka oleh Paul Brainard dan syarikat yang diberi nama Aldus. Program berkenaan diberi nama Aldus Pagemaker 1.0.
  • BASIC (Beginner All Purpose Symbolic Instruction Code) ditulis dan dicipta oleh John George Kemeny bersama Tom Kurtzas, ahli matematik Dartmouth College pada 1963.
  • Pemproses perkataan pertama diperkenalkan pada 1979 oleh Micropro International Inc. dan dinamakan sebagai WordStar. Ia merupakan program perisian pemproses perkataan untuk komputer mikro dan antara program perisian terlaris diawal 80an.
  • Charles Bachman mencipta teknologi pangkalan data diawal 1960.
  • Mike Blair menemukan sistem Cyborg pada 1974.
  • MARK-IV adalah bahasa pemprograman generasi keempat dihasilkan oleh Informatic Inc. merupakan produk perisian pertama mencapai jualan $10 juta pada tahun 1962.
  • J.Gregory digelar bapa teknologi DASD (Direct Access Storage Device). Beliau menulis program pengurusan DASD yang pertama.
Sumber Majalah PC Feb. 2010

12 Kegunaan GOOGLE Yang Jarang Diketahui

Biasanya kita hanya menggunakan Google sebagai enjin carian sahaja. Tapi sebenarnya ada lagi kegunaan lain yang sedikit sebanyak boleh membantu kita dikala memerlukan. Berikut antara kegunaannya:

1. Pertukaran Unit
Boleh digunakan untuk menukar nilai mata wang, unit metrik dan sebagainya.
Masukkan '<nilai> <unit> to <unit yang dikehendaki>'
Contoh; rm25 to dollar

2. Dapatkan Definisi
Boleh digunakan apabila ingin mendapatkan definisi atau maksud sesuatu perkataan.
Masukkan 'definition: <kata kunci>'
Contoh; definition: joker

Disable Control Panel

 

Disable Control Panel adalah salah satu cara untuk melindungi setting PC anda daripada diubahsuai oleh user lain. Berikut beberapa langkah untuk mencegah dan mengunci wallpaper anda dari diubah oleh pengguna lain.

1. Pastikan anda sudah setkan semua setting yang anda yang dikehendaki.
2. Sekiranya pada profile limited user, sila logout dan login pada profile admin.
3. Klik pada 'Start' --> Run --> gpedit.msc ('Enter') dan akan keluar window seperti dibawah;


4. Pada sebelah kiri, pilih User Configuration --> Administrative Templates --> Control Panel.
5. Seterusnya pada sebelah kanan, double click pada --> 'Prohibit access to the Control Panel' dan seterusnya akan keluar window seperti dibawah;


6. Pilih 'Enable' dan seterusnya Apply dan OK. --> Selesai
Boleh cuba klik pada Start Menu dan Control Panel sudah tiada.
Juga boleh cuba dengan Run --> Control Panel.
7. Untuk menukar kembali kepada setting biasa atau mengubahsuai setting, ulang langkah 3 hingga 5 dan pilih 'Not Configure' dan kemudian Apply dan OK.


Windows Metro Skin

 
Sesuai untuk mereka yang ingin merasai pengalaman menggunakan Windows 8 Metro. Antaramuka skin yang mudah diinstall dan uninstall. Sesuai untuk RAM 1Gb keatas.

* Tested with Windows XP.

- Download disini -


Hati-Hati Dengan Emel SCAM

Apa itu SCAM?
SCAM adalah skim yang menjana keuntungan atau mendapatkan maklumat rahsia dengan mudah, dengan cara menipu individu lain atau kumpulan melalui perjanjian atau tawaran palsu.

Emel SCAM
Emel SCAM adalah penipuan SCAM yang dilakukan melalui emel-emel yang dihantar secara rawak kepada pengguna lain. Bagi pengguna yang terpedaya, mereka dengan mudahnya akan memberikan maklumat diri, keluarga ataupun maklumat syarikat kepada pembuat SCAM sehingga boleh juga menyerahkan sejumlah wang kepada penipu tersebut.

Oleh itu, kita perlulah lebih berhati-hati dengan emel SCAM ini, dan dapatkan dahulu kepastian sebelum memberikan apa-apa maklumat secara online.

Berikut merupakan contoh SCAM Maybank2u yang biasa didapati pada emel individu yang boleh kita bandingkan dengan laman web Maybank2u yang asal.

Maybank2u SCAM
Perhatikan link yang diberikan adalah sama seperti link asal Maybank2u, tetapi apabila anda letakkan cursor mouse pada link tersebut, akan muncul pautan yang akan dituju (pautan menuju ke laman web SCAM). *Admin menggunakan browser Mozilla Firefox

Page SCAM kelihatan seakan hampir sama dengan page Maybank2u yang asal, tetapi jika perhatikan pada address bar, alamat yang tertera bukan www.maybank2u.com.my, manakala akan keluar bar Firewall amaran yang mengatakan page ini tidak selamat.

Disable Changing Desktop Background


Bosan dengan desktop background (wallpaper) pilihan anda ditukar oleh user lain..?
Berikut beberapa langkah untuk mencegah dan mengunci wallpaper anda dari diubah oleh pengguna lain.

1. Pastikan anda setkan wallpaper yang anda kehendaki pada mana-mana profile yang dikehendaki.
2. Sekiranya pada profile limited user, sila logout dan login pada profile admin.
3. Klik pada 'Start' --> Run --> gpedit.msc ('Enter') dan akan keluar window seperti dibawah;

4. Pada sebelah kiri, pilih User Configuration --> Administrative Templates --> Control Panel --> Personalization
5. Seterusnya pada sebelah kanan, double click pada --> 'Prevent changing desktop background' dan seterusnya akan keluar window seperti dibawah;

6. Pilih 'Enable' dan seterusnya Apply dan OK. --> Selesai
Boleh cuba tukar wallpaper lain untuk pastikan setting tersebut berjaya.
7. Untuk menukar kembali kepada setting biasa atau ingin menukar wallpaper yang lain, ulang langkah 3 hingga 5 dan pilih 'Not Configure' dan kemudian Apply dan OK.