Search Topic

Shortcut Remover / Repair Hidden Folder

Simptom : Berlaku apabila folder dalam USB drive tiba-tiba jadi shortcut ataupun hilang, tapi tengok dalam properties, saiz masih ada. Ni salah satu penyelesaiannya; menggunakan Shortcut Virus Remover v3.1.

Langkah 1 : Pergi ke Folder Setting dan tukar setting untuk paparkan Hidden File.
*klik pada Show hidden files, folders, and drives.
*uncheck pada Hide protected operating system files

Langkah 2 : Run software Shortcut Virus Remover.
 *pilih drive / lokasi untuk di'scan' dan repair
 Note : Selepas selesai, jangan lupa tukar Folder Setting kepada asal semula.

Contoh hidden folder sebelum dan selepas repair.

Download Shortcut Virus Remover

Kenali Kelas-Kelas WiFi


Tentu kita biasa melayari internet dengan menggunakan rangkaian WiFi. Tapi tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan WiFi? Ada yang mengatakan ianya daripada singkatan 'Wireless Fidelity', namun begitu, mengikut keterangan Phil Belanger (salah seorang yang bertanggungjawab selama tempoh dan Pengerusi awal Alliance Wi-Fi, ketika itu dikenali sebagai WECA -Wireless Ethernet Compatibility Alliance); beliau menjelaskan; "WiFi tidak membawa maksud apa-apa. Ia tiada dalam singkatan. Tiada maksud."

Kod IEEE 802.11 yang biasanya bersangkut-paut dengan WiFi, merupakan set standard LAN tanpa wayar yang dibangunkan oleh kumpulan Jawatankuasa Standard IEEE LAN/MAN (IEEE 802). Terma 802.11x juga digunakan untuk mewakili set pertukaran kepada standard.

Router wireless terdapat empat kelas tersendiri iaitu A, B, G, dan N. Berikut dikongsi pengenalan dan berbezaan antara kelas-kelas router wireless ini.

Wireless A, mula diperkenalkan pada Oktober 1999, merupakan model wireless pertama diperkenalkan kepada umum. Ia mempunyai had maksimum bit 54 Mbps dan boleh mencapai sejauh 100 kaki sebelum signal ini hilang. Signalnya mempunyai gangguan dari tower airplane dan stesyen radio.

Wireless B juga diperkenalkan pada tahun 1999 bagi menggantikan Kelas A.  Maksimum bit Kelas B ini sangat lambat iaitu 11 Mbps tetapi ianya boleh pergi lagi jauh berbanding Kelas A iaitu sejauh 150 kaki.

Kemudian muncul Wireless G. Seperti Kelas A, ia mempunyai kadar bit maksimum 54 Mbps, dengan masa yang sama juga boleh mendapatkan jarak 150 kaki Kelas B. Penggunaan isi rumah router Kelas G ini merupakan yang paling biasa dan popular (setakat ini) diseluruh dunia.

Wireless N masih baru dalam kelas ini. Wireless genarasi baru ini mempunyai kadar bit maksimum sehingga 600 ke 700 Mbps dan boleh mencapai sehingga 230 kaki. Ia juga dikatakan boleh bergerak pada kekerapan yang lebih tinggi dan boleh pergi melalui objek padu lebih cepat; tidak seperti rangkaian 2.4 GHz untuk Wireless A, B, dan G, Wireless N boleh bergerak pada kedua-dua rangkaian 2.4 GHz dan 5 GHz.