Search Topic

Driver Asus Aspire One D270 (Netbook 1Malaysia)

Driver Asus Aspire One D270 (Netbook 1Malaysia)

Driver adalah untuk Windows 7 32bit.
Install driver yang diperlukan sahaja.
Tak perlu install semua.

Download Driver Acer Aspire One D270.

Tugas Umum Juruteknik Komputer (Ulangkaji)

Bertanggungjawab kepada Ketua Perkhidmatan, Ketua Unit Perkhidmatan ICT (atau Pengetua/Guru Besar Sekolah/Guru Penyelaras Bestari/Guru ICT sekolah) di dalam membantu menyelaras, melaksana dan mengambil tindakan susulan ke atas perkara-perkara berikut:


Senarai Tugas

1. Membantu menyelia, melaksana dan menyelenggara perkakasan termasuklah server dan infrastruktur ICT di agensi.

2. Membantu memastikan rangkaian LAN dan WAN berjalan dengan baik setiap hari termasuk peralatan rangkaian (router, modem dan sebagainya).

3. Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul sama ada masalah yang berkaitan dengan perkakasan, sistem pengoperasian rangkaian atau perisian.

4. Membantu melaksanakan keselamatan kemudahan infrastruktur, teknologi dan data iaitu membuat back up dan replikasi maklumat serta memastikan komputer bebas daripada virus/berfungsi dengan baik.

5. Membantu melaksanakan garis panduan/peraturan/tatacara penggunaan kemudahan infrastruktur teknologi termasuklah makmal komputer, pusat akses dan bilik khas ICT dipatuhi.

6. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.


Cara Mudah Klon Hardisk

Berikut adalah cara yang mudah untuk klon hardisk, backup atau klon partition dengan menggunakan perisian AOMEI Backupper.

  1. Dapatkan perisian AOMEI Backupper disini.
  2. Selesai installasi, buka perisian tersebut dan pilih Clone.

  3. Pilih hardisk yang hendak diklon, tekan next.

  4. Pilih hardisk untuk lokasi klon yang baru, tekan next.
  5. Pada mukasurat Operation Summary, tekan pada Start Clone.
  6. Proses mengklonan sedang dijalankan.
  7. Selesai dan tekan Finish.
Selamat mencuba.