Search Topic

Disable Changing Desktop Background


Bosan dengan desktop background (wallpaper) pilihan anda ditukar oleh user lain..?
Berikut beberapa langkah untuk mencegah dan mengunci wallpaper anda dari diubah oleh pengguna lain.

1. Pastikan anda setkan wallpaper yang anda kehendaki pada mana-mana profile yang dikehendaki.
2. Sekiranya pada profile limited user, sila logout dan login pada profile admin.
3. Klik pada 'Start' --> Run --> gpedit.msc ('Enter') dan akan keluar window seperti dibawah;

4. Pada sebelah kiri, pilih User Configuration --> Administrative Templates --> Control Panel --> Personalization
5. Seterusnya pada sebelah kanan, double click pada --> 'Prevent changing desktop background' dan seterusnya akan keluar window seperti dibawah;

6. Pilih 'Enable' dan seterusnya Apply dan OK. --> Selesai
Boleh cuba tukar wallpaper lain untuk pastikan setting tersebut berjaya.
7. Untuk menukar kembali kepada setting biasa atau ingin menukar wallpaper yang lain, ulang langkah 3 hingga 5 dan pilih 'Not Configure' dan kemudian Apply dan OK.