Search Topic

6 Tips Selamatkan Fon Anda dari Meletup

Merujuk kepada kejadian yang dialami oleh gadis di Texas, telefon beliau hangus dibawah bantal (kisah tersebut). Bukan sahaja merujuk pada model telefon pintar tersebut malah turut melibatkan mana-mana model telefon pintar masa kini.
Berikut adalah 6 tips dari pakar bagi mengelakkan telefon pintar anda dari meletup.
  1. Elakkan dari menggunakan bateri ciplak. Sentiasa dapatkan bateri keluaran OEM atau keluaran yang asli sahaja. (Yang murah tak semestinya ciplak).
  2. Letakkan (cas) telefon anda ditempat yang selamat. Seperti kes yang berlaku, telefon yang sedang dicas diletakkan dibawah bantal. Ini sangat-sangat tidak selamat. Elakkan mengecas dari meletakkan ditempat yang fabrik, atau peralatan elektronik yang cepat panas seperti atas tv atau modem.
  3. Sekiranya telefon anda dimasuki air (tenggelam), atau terkena hujan, sila rujuk pada yang pakar sebelum 'on' semula telefon anda. Dikhuatiri terdapat titisan air dalam telefon yang boleh menyebabkan litar pintas.
  4. Jangan guna telefon yang sedang dicas dengan berlebihan. Guna hanya untuk kecemasan sahaja. Bermain game ketika telefon sedang dicas adalah sangat-sangat tidak digalakkan.
  5. Jangan anggap remeh sekiranya telefon anda 'terjatuh'. Boleh jadi terdapat komponen dalam telefon yang rosak, bateri yang tidak dalam kedudukan asal yang boleh menyebabkan litar pintas mungkin berlaku. Sila rujuk pakar berkaitan hal ini.
  6. Telefon anda bermasalah sekiranya tiba-tiba menjadi sangat panas atau kuasa bateri menjadi kurang dengan mendadak. Sila rujuk pakar berkenaan hal ini. Ini juga tidak boleh dianggap remeh.