Search Topic

Reset Password User


Kadang-kadang user terlupa password untuk masuk Windows, atau password admin ditukar, ini salah satu cara untuk reset password user tersebut, iaitu dengan menggunakan software Active Password Changer v.3.0 yang terdapat dalam cd Hiren v.9.8.

Berikut diberikan 10 langkah untuk menggunakan Active Password Changer v.3.0;
  1. Boot pc menggunakan Hiren BootCD versi 9.8.
  2. Pilihan 3 --> Password & Registry Tools
  3. Pilihan 1 --> Active Password Changer 3.0
  4. Dalam perisian tersebut, pilihan 2 --> Search for MS SAM Database, untuk mendapatkan senarai password yang terdapat pada partition dan hardisk.
  5. Carian selesai, jumlah partition dan hardisk akan tertera. Sila pilih partition yang di install Windows (biasanya C:) --> tekan 0 --> Enter
  6. Database SAM akan muncul (biasanya 0) --> teruskan tekan Enter
  7. Senarai user akan keluar. Pilih user yang ingin reset password dan tekan Enter.
  8. Pilihan user tersebut akan keluar dan tandakan pada 'Clear This User's Password' --> Tekan Y
  9. Akan keluar pemberitahuan yang proses telah berjaya. 'Press any key..'
  10. Exit, keluarkan CD dan restart pc.

*Tested and works with Windows XP, Windows 7 & Windows 10 (32b).

Download Hiren BootCD 9.8 disini.

Pendawaian 8P8C (RJ45)


8P8C (8 Position 8 Contact) dahulunya dikenali sebagai RJ45 adalah merupakan Plug dan Socket yang digunakan untuk penyambungan kabel rangkaian komputer (LAN dan WAN). Kabel (Cat5/Cat5e/Cat6) 8P8C mempunyai 8 warna yang berbeza dan boleh dipasang untuk dua jenis pendawaian mengikut piawai EIA/TIA-568A/B.

Pendawian EIA/TIA-568A digunakan sebagai 'straight cable' untuk menghubungkan antara PC dengan PC, atau Hub dengan Hub. Manakala pendawaian EIA/TIA-568B (biasanya digunakan) juga dikenali sebagai 'cross cable' adalah untuk menghubungkan antara PC dengan Hub.

Rajah Pemasangan 8P8C

Rujukan Pin 1 pada Plug 8P8C (terdapat 8 pin).

Untuk Socket 8P8C, rujukan pemasangan terdapat pada tepi socket tersebut sama ada untuk pemasangan jenis A atau B.

Muat Turun dari YouTube


Terdapat berbagai cara untuk muat turun (download) video dari YouTube, antaranya menggunakan YouTube Downloader, Real Player, dan lain-lain lagi. Disini saya ingin berkongsi salah satu cara untuk muat turun video dan audio dari YouTube secara online.