Search Topic

Driverpack Solutions

 

Driverpack Solution merupakan salah satu perisian yang sangat popular digunakan untuk mendapatkan driver sesuatu hardware yang baru dipasang atau pc yang baru diformat. Perisian ini boleh digunakan untuk perkakasan 32bit & 64bit untuk platform Windows. Versi terkini boleh support Windows terkini termasuk Windows 8. Terdapat juga beberapa perisian open source pilihan yang lain yang sedia ada terdapat didalam installer ini termasuk Codec Pack, Mozilla Firefox, dan Skype.

 Video Promo Driverpack Solution

Namun begitu, harus diingat bahawa mungkin tidak semua driver perkasasan boleh didapati disini. Peratusan kedapatan driver lebih kurang 80% - 95%. Lebih-lebih lagi sekiranya terdapat model perkakasan yang keluaran terbaru, maka hendaklah menggunakan Driverpack Solution versi yang terkini sekiranya ada. Maklumat lanjut boleh layari laman Driverpack Solution disini --> http://drp.su/. Untuk driver notebook, boleh layari terus laman web; http://drp.su/drivers/notebooks/?l=en yang mana terdapat berbagai pilihan jenama dan model notebook.

Cara penggunaannya amat mudah, iaitu ianya berfungsi sebagai Autorun Software, seterusnya akan mengesan sebarang hardware yang baru pada komputer anda ataupun update terkini daripada mana-mana hardware yang sedia ada, dan akhir sekali hanya klik pada install.

Download Driverpack 13 r399 via Google Drive
Download Driverpack 13 r399 via Dropbox
Download Driverpack Latest ver. via Torrent

Selamat mencuba.