Search Topic

Kenali 'Pendrive' Kingston DT101 G2 Tiruan

Pendrive jenama Kingston model DT101 G2 (ada yang dicetak DT101 dan ada juga DT101 G2, kedua-duanya adalah jenis yang sama) sangat popular digunakan masa kini. Namun begitu, model ini juga popular dengan berbagai-bagai warna tiruan. Salah satu cara mudah untuk membezakan antara jenis tiruan dan asli adalah daripada warna asal setiap saiz (kapasiti) pendrive tersebut.

Berikut adalah warna dan saiz asal/asli bagi pendrive Kingston DT101 G2;
  • Saiz 2Gb - Warna Hijau Cerah
  • Saiz 4Gb - Warna Biru
  • Saiz 8Gb - Warna Merah
  • Saiz 16Gb - Warna Hitam
  • Saiz 32Gb - Warna Ungu
  • Saiz 64Gb - Warna Hijau Tua
  • Saiz 128Gb - Warna Putih

Jadi sekiranya anda memiliki pendrive yang sama saiz tapi berlainan warna, eloklah dibuat pemeriksaan dan lakukan backup dengan segera. Ada juga tiruan dengan warna yang hampir-hampir sama, namun bagitu masih boleh dibezakan dengan ciri-ciri fizikal tiruan yang lain, seperti kotak yang berlainan, logo yang dicetak, tulisan, dan juga kualiti fizikal.

Biasanya pendrive tiruan ini hanya boleh digunakan beberapa kali sahaja (atau tidak dapat digunakan langsung), kemudian data dalamnya akan corrupt dan seterusnya pendrive tidak detect atau tidak dapat dibaca.

Ini adalah salah satu contoh pendrive tiruan;
saiz 32Gb berwarna hijau cerah, ciri fizikal yang lebih nipis dan ringan.

Pesanan khidmat masyarakat; berhati-hati membeli, lebih-lebih lagi dengan pendrive yang harganya luar biasa murah.