Search Topic

Kod 'Beep' BIOS


Semasa menghidupkan komputer, BIOS akan serta merta mengambil alih operasi komputer sebelum memasuki sebarang OS (Operating System) seperti Windows atau Linux dan lain-lain. Ini dikenali sebagai P.O.S.T (Power On Self Test). Pada penghujung POST ini, komputer akan mengeluarkan bunyi 'beep' menerusi speaker dalaman (internal) yang disambungkan dengan motherboard. Sekiranya POST menjalankan proses dengan jayanya, maka komputer akan mengeluarkan bunyi ringkas dan pendek sahaja bagi menandakan yang ianya selesai dan akan disambungkan terus dengan startup OS.