Anda mungkin biasa menggunakan Sistem Operasi (OS) Windows, LINUX, atau Mac. Pernahkah anda terfikir bagaimana OS ini tercipta? Atau mungkin terfikir untuk menggunakan OS ciptaan sendiri?
Disini anda berpeluang untuk mencipta OS sendiri secara online iaitu Sistem Operasi Linux. Tiada kemahiran teknikal yang diperlukan untuk mewujudkan sendiri OS Linux online ini. Linux adalah kernel, boleh digunakan untuk mewujudkan Sistem Operasi. Sistem Operasi yang dicipta menggunakan kernel Linux dipanggil Sistem Operasi Linux. Contoh Sistem Operasi Linux adalah Ubuntu dan SUSE. Disini, untuk mencipta Sistem Operasi sendiri, anda tidak perlu handal dalam komputer atau menjadi jurutera program, sebaliknya anda hanya perlu ke website : SUSE Studio.
Program SUSE Studio ini dilancarkan oleh komuniti Sistem Operasi SUSE, bertujuan untuk membantu anda mencipta Sistem Operasi sendiri secara online dan percuma. Anda hanya perlu melawat susestudio.com.
Daftar akaun anda, pilih pakej asas dan persekitaran desktop anda, 32 bit atau 64 bit dan kemudian sesuaikan mengikut kehendak anda seperti Logo, perisian dan lain-lain sebaik selesai mencipta Sistem Operasi Linux anda.
Kemudian, klik pada 'build' dan download image ISO untuk burn ke CD/DVD. Dan akhir sekali, guna CD/DVD tersebut untuk install OS ciptaan anda sama caranya seperti anda install Linux atau Windows. Selamat mencuba.