Search Topic

Kenali RANSOMWARE


Ransomware adalah sejenis malware yang berfungsi / menyerang komputer dengan mengunci (encrypt) fail-fail tertentu ataupun semua fail milik pengguna dengan kod khas dan seterusnya meminta wang tebusan (perlu membayar melalui Bitcoin atau online payment) untuk kod tersebut bagi membuka semula fail anda. Wang tebusan akan meningkat sekiranya tidak dibayar pada waktu yang ditetapkan. Sehingga kini sudah jutaan dolar dangan mudahnya diperolehi oleh pihak (penggodam) yang tidak bertanggungjawab ini.


Antara ransomware yang agak popular adalah CryptoLocker, CryptoDefence, CryptoWall, CTB Locker, TorrentLocker, CERBER dan juga Locky. Kebanyakannya menyerang OS platform Windows, tapi ada juga kes ransomware yang menyerang Mac OS, dan ada tanda-tanda dapat dikesan juga pada platform Android.


Ransomware ini kebiasaanya datang melalui emel / attachment / link dari alamat penghantar yang tidak dikenali. Ada juga versi ransomware yang datang melalui jaringan perkongsian fail secara peer-to-peer, live feed webcam, dan juga dari fake keygen / crack untuk perisian-perisian popular seperti Adobe Photoshop dan Microsoft Office.


Kebanyakan ransomware / malware ini tidak dapat dikesan oleh antivirus, kerana menggunakan kod yang baru atau antivirus yang tidak update, kemudian akan mula merebak dengan mengunci fail word (.doc), pdf (.pdf), dan lain-lain lagi dengan menukar / encrypt fail extension tersebut kepada nama lain seperti .locky, .locked, .crypto, .vault dan lain-lain nama lagi. Dan akhir sekali akan mengeluarkan paparan yang mengatakan komputer anda telah diserang / dikunci dan perlu membayar sejumlah wang bagi mendapatkan semula fail anda.


Sehingga kini, kebanyakan pengeluar antivirus sudah mengeluarkan perisian untuk membaik pulih komputer yang telah terkena jangkitan ransomware ini seperti dari TrendMicro (Trend Micro™ Anti-Ransomware Tool) dan Kapersky (Ransomware Decryptor), bergantung pada versi ransomware, namun begitu masih tidak dapat membaiki fail yang diencrypt. Pengguna juga tidak digalakkan untuk membayar tebusan kerana ini hanya akan menggalakan lagi aktiviti penggodam tersebut dan kemungkinan wang tebusan akan digunakan untuk kerja-kerja jenayah yang lebih berbahaya lagi.

Peringatan mudah bagi pengguna;
  1. Jangan membuka emel, pautan (link), muat turun (download) attachment dari pautan, iklan, dari penghantar yang tidak dikenali dan meragukan.
  2. Install antivirus dan sentiasa kemaskini antivirus anda.
  3. Lakukan rutin scan komputer menggunakan antivirus seminggu sekali atau mengikut kesesuaian.
  4. Biasakan untuk dalam keadaan offline sekiranya tidak menggunakan talian internet.
Sekiranya anda mengesyaki komputer anda diserang ransomware, segera tutup komputer anda, tanggalkan hardisk, jadikan external / secondary dan lakukan fullscan antivirus hardisk tersebut pada komputer yang diyakini selamat, dan save / backup mana-mana fail yang masih selamat.

Semoga bermanfaat.