Search Topic

Hati-Hati Dengan Emel SCAM

Apa itu SCAM?
SCAM adalah skim yang menjana keuntungan atau mendapatkan maklumat rahsia dengan mudah, dengan cara menipu individu lain atau kumpulan melalui perjanjian atau tawaran palsu.

Emel SCAM
Emel SCAM adalah penipuan SCAM yang dilakukan melalui emel-emel yang dihantar secara rawak kepada pengguna lain. Bagi pengguna yang terpedaya, mereka dengan mudahnya akan memberikan maklumat diri, keluarga ataupun maklumat syarikat kepada pembuat SCAM sehingga boleh juga menyerahkan sejumlah wang kepada penipu tersebut.

Oleh itu, kita perlulah lebih berhati-hati dengan emel SCAM ini, dan dapatkan dahulu kepastian sebelum memberikan apa-apa maklumat secara online.

Berikut merupakan contoh SCAM Maybank2u yang biasa didapati pada emel individu yang boleh kita bandingkan dengan laman web Maybank2u yang asal.

Maybank2u SCAM
Perhatikan link yang diberikan adalah sama seperti link asal Maybank2u, tetapi apabila anda letakkan cursor mouse pada link tersebut, akan muncul pautan yang akan dituju (pautan menuju ke laman web SCAM). *Admin menggunakan browser Mozilla Firefox

Page SCAM kelihatan seakan hampir sama dengan page Maybank2u yang asal, tetapi jika perhatikan pada address bar, alamat yang tertera bukan www.maybank2u.com.my, manakala akan keluar bar Firewall amaran yang mengatakan page ini tidak selamat.