Search Topic

PrintScreen Seluruh Page Website


Anda sangat berminat dengan sesuatu website dan ingin simpan (printscreen) untuk dijadikan rujukan. Tetapi biasanya printscreen hanya akan capture apa yang dipaparkan pada skrin anda sahaja. Maka sekiranya website itu panjang hingga terpaksa scroll ke bawah, anda terpaksa pula prinscreen beberapa kali dan edit pula gambar tersebut. Terdapat pelbagai cara dan software untuk mendapatkan screenshot seluruh website. Berikut salah satu langkah mudah secara online untuk 'snap' website kegemaran anda hanya dengan satu klik sahaja;
  1. Buka page http://ctrlq.org/screenshots/
  2. Copy link website yang anda ingin prinscreen tersebut ke dalam kotak yang disediakan dan klik pada Screen Capture
  3. Seterusnya tunggu beberapa saat untuk proses dan akan keluar info bahawa printscreen website anda sudah sedia, dan seterusnya klik Download Image
  4. Akhir sekali, save image tersebut ke lokasi pilihan anda.
*Contoh page youtube yang di'capture'.

* NOTA : Page 'https:' kemungkinan besar tak dapat capture.



Waktu Standard Malaysia


Waktu Standard Malaysia yang dikeluarkan oleh SIRIM Berhad untuk dijadikan rujukan kepada mereka yang memerlukan waktu sebenar di Malaysia. Buka pautan SIRIM Berhad, dan seterusnya klik pada tab menu sebelah kiri yang tertera 'Malaysian Standard Time' ataupun pautan terus; mst.sirim.my.

Selamat mencuba.


Hiasi Firefox Anda

Ingin menukar skin browser Firefox yang nampak kosong? Dahulunya terdapat page 'getpersonas', kini Mozilla Firefox telah ambil alih dan menjadikannya salah satu page Add-ons Themes for Firefox. Getpersonas sangat menarik kepada pengguna browser Mozilla Firefox, kerana boleh menukar skin / tema browser Firefox mengikut citarasa dan selera pengguna. Berikut hanya beberapa langkah mudah untuk menukar skin browser Firefox anda;

1. Buka pautan ini --> https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/themes/
Seterusnya pilih skin kesukaan anda mengikut kumpulan Themes (menu di sebelah kiri).

2. Skin pilihan anda akan dipaparkan, dan seterusnya anda hanya perlu klik pada 'Add to Firefox'.

3. Kini Firefox anda kelihatan lebih menarik dan ceria.

* Untuk pengguna yang lebih kreatif, anda boleh upload skin ciptaan anda ke page berkenaan untuk dikongsi bersama pengguna lain.


Fakta Menarik PERISIAN


Perisian adalah antaramuka (interface) yang menghubungkan antara pengguna (manusia) dengan mesin. Bahasa perisian atau kod ini pula terbahagi kepada tiga iaitu; perisian sistem, perisian pengaturcara, dan perisian penggunaan atau aplikasi. Berikut beberapa fakta menarik berkaitan dengan perisian:
  • Istilah software pertama kali digunakan oleh John W. Tukey pada 1958.
  • Ciptaan komputer pada pertengahan tahun 1970 mendorong kepada penubuhan firma perisian komputer pertama Microsoft dan Software Arts dengan penghasilan program lembar kerja VisiCalc.
  • Komputer pertama yang boleh menyimpan program perisian merupakan Mesin Eksperimen Skala Kecil Manchester yang dinamakan sebagai Baby. Program pertama mesin ini dihasilkan oleh Tom Kilburn pada 1948 untuk menjalankan Baby.
  • Selepas tahun 1981, program perisian layak untuk dipatenkan oleh Mahkamah Agung.
  • FORTRAN merupakan bahasa pemprograman tahap tinggi pertama yang dicipta oleh John Backus dari IBM pada 1954.
  • Tim Berners-Lee yang mencipta World Wide Web kemudiannya membangunkan bahasa HTML atau hiperteks, HTTP dan URL pada 1990.
  • Generasi kod yang digunakan untuk memprogram komputer dipanggil bahasa mesin atau kod mesin. Ia gabungan nombor 0 dan 1 di mana komputer menterjemahnya sebagai arahan elektrik.
  • Pada 1983, Microsoft Corporation mengumumkan perisian Microsoft Windows untuk komputer IBM dan hampir-hampir menamakannya Interface Manager.
  • Program pertama penerbitan desktop direka oleh Paul Brainard dan syarikat yang diberi nama Aldus. Program berkenaan diberi nama Aldus Pagemaker 1.0.
  • BASIC (Beginner All Purpose Symbolic Instruction Code) ditulis dan dicipta oleh John George Kemeny bersama Tom Kurtzas, ahli matematik Dartmouth College pada 1963.
  • Pemproses perkataan pertama diperkenalkan pada 1979 oleh Micropro International Inc. dan dinamakan sebagai WordStar. Ia merupakan program perisian pemproses perkataan untuk komputer mikro dan antara program perisian terlaris diawal 80an.
  • Charles Bachman mencipta teknologi pangkalan data diawal 1960.
  • Mike Blair menemukan sistem Cyborg pada 1974.
  • MARK-IV adalah bahasa pemprograman generasi keempat dihasilkan oleh Informatic Inc. merupakan produk perisian pertama mencapai jualan $10 juta pada tahun 1962.
  • J.Gregory digelar bapa teknologi DASD (Direct Access Storage Device). Beliau menulis program pengurusan DASD yang pertama.
Sumber Majalah PC Feb. 2010