Search Topic

Kamus Dewan Online

 
Bagi mereka yang tidak kesempatan untuk membuka buku kamus, maka bolehlah menggunakan pautan ini untuk mencari maksud sesuatu perkataan secara atas talian. Selain daripada kamus bahasa, terdapat juga kamus dwi-bahasa, kamus istilah, bahasa sukuan, dan lain-lain lagi.

Caranya sangat mudah, iaitu klik pada pautan > Kamus Dewan Bahasa, kemudian masukkan perkataan yang ingin dicari kedalam kotak carian dan seterusnya klik 'Cari'.

Selamat mencuba.


Android di PC Anda

 
Perisian BlueStacks ini adalah merupakan salah satu medium aplikasi Android yang boleh digunakan pada komputer anda. Sangat sesuai bagi mereka yang mengalami masalah terhad penggunaan pada telefon pintar masing-masing. Boleh juga digunakan untuk install apps chat seperti WhatsApp, WeChat dan juga Telegram disamping permainan-permainan Android.

Berikut adalah cara-cara instalasi BluStacks;
1. Buka laman web BlueStacks dan klik pada Download App Player.

2. Selesai download, run sahaja installer tersebut sehingga selesai.
 
3. Selesai proses installasi, akan keluar paparan BlueStacks dengan menu apps untuk anda download dan sedia untuk digunakan.

Selamat mencuba.

'Google Search' Imej Anda


Kita mungkin sudah biasa menggunakan 'Google Search' perkataan yang dimasukkan, namun terdapat juga fungsi lain yang boleh digunapakai menggunakan Google Search Image.
Contohnya untuk mencari punca (source) sesuatu imej atau mencari imej yang berkaitan dengan imej anda.

Caranya adalah seperti berikut;
1. Pastikan anda ada gambar/imej yang hendak dicari.
2. Buka browser dan buka 'Google Search Image'.

3. Drag & drop imej/gambar anda ke dalam search box tersebut.

4. Tunggu proses upload selesai dan keputusannya akan keluar selepas itu.

Selamat mencuba.