Search Topic

Windows 7 Android Gingerbread Theme


Untuk mereka yang sudah jemu dengan antaramuka Windows 7 dan ingin mencari kelainan GUI (Graphical User Interface), boleh cuba tema Android Gingerbread ini. Cukup cantik dan hampir sama dengan Android yang sebenar disamping dapat mengekalkan penggunaan Windows. Terdapat dua pilihan untuk dimuat turun, iaitu 'online' (download installer yang sentiasa update) dan 'offline' (download dan install, manual update), untuk 32bit dan 64bit.

Online :
x64 : Download
x86 : Download

Offline
x64 : Download
x86 : Download

Selain itu, terdapat beberapa pilihan tema lain yang boleh dicuba termasuk tema Windows 8, Windows Vista, MAC OS dan Ubuntu, di laman web tersebut; Skin Pack.

*Tema Android ini dan beberapa tema lain hanya sesuai untuk GUI Windows 7 sahaja, dan ada tema hanya sesuai untuk Windows XP sahaja. Sila baca dan fahami setiap tema tersebut sebelum muat turun.

Skim Perkhidmatan Juruteknik Komputer (Tahun 2000)

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2000; antaranya merupakan Skim Perkhidmatan Juruteknik Komputer yang baru ditubuhkan (Tahun 2000) sebelum Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2006 digunapakai.

Panduan Pertukaran Perkhidmatan

Pekeliling SPA Bilangan 1 Tahun 2005. Panduan pertukaran perkhidmatan untuk menguruskan pertukaran pegawai Perkhidmatan Awam Am Persekutuan dan Perkhidmatan Awam bagi negeri yang berada dibawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) iaitu Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Perlis. Maklumat boleh dijadikan rujukan untuk pegawai yang berkhidmat di negeri lain juga.


Fungsi Permohonan Pertukaran
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2011. Penerangan pelaksanaan Modul Perolehan Sumber Manusia; Fungsi Permohonan Pertukaran dalam HRMIS dan penerangan mengenai tindakan yang perlu diambil mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2005 (Pelaksanaan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia).

10 Tips Penjagaan Notebook


Penggunaan komputer riba atau laptop / notebook / netbook adalah merupakan trend generasi kini. Ringan, mudah dibawa serta menampilkan gaya eksklusif sesuai untuk pelbagai golongan pengguna. Walaubagaimanapun, terdapat juga pengguna yang mengabaikan penjagaan laptop sehingga boleh memendekkan jangka hayat laptop tersebut. Perlu diingat bahawa penjagaan yang sempurna akan memanjangkan jangka hayat sesebuah laptop itu. Berikut beberapa tips cara penjagaan komputer riba anda.

1. Bateri
  • Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri. 
  • Tanggalkan bateri sekiranya ingin menggunakan laptop dalam tempoh yang lama (gunakan adaptor secara terus). 
  • Sila tanggalkan adaptor apabila bateri sudah dicas penuh.
  • Biasanya penggunaan bateri adalah untuk aktiviti luar (outdoor & mobile).
  • Pastikan kuasa bateri berada di bawah 10% sebelum dicas semula. 
  • Elakkan cas bateri secara overnight (sepanjang malam).
  • Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50%. 
 2. Papan Kekunci (Keyboard)
  • Letakkan sekeping kertas A4 ataupun keyboard protector untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
  • Sesekali lapkan papan kekunci perlahan-lahan dengan menggunakan berus. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
  • Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan (USB) supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba. 
 3. Skrin LCD
  • Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk.
  • Gunakan screen saver.
  • Power management setkan pada "Turn Off monitor in ... minutes".
  • Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan. 
  • Jangan sekali-kali menyentuh skrin dengan benda tajam.
  • Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan dead pixel
 4. Haba Panas (Heat)
  • Elakkan penggunaan laptop diatas sofa, katil, karpet yang berbulu, dsb. kerana ini akan menutup ruang haba pada laptop dan akan menyebabkan laptop cepat panas.
  • Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang haba keluar yang kecil.
  • Sentiasa letakkan laptop di tempat yang rata dan tidak menutup ruang haba tersebut.
  • Sesekali, bersihkan ruang haba tersebut dengan menggunakan berus.
  • Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan. 
 5. Surge Protector / AVR
  • Fungsinya sebagai melindungi perisian dan perkakasan daripada rosak.
  • Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga HDD dan Power Supply. 
  • Kelebihan AVR (Automatic Voltage Regulator) pula, mengawal dan menstabilkan voltan yang masuk ke laptop. Ia akan bertindak dengan memutuskan bekalan sekiranya terdapat voltan berlebihan.
 6. Port
  • Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
  • Gunakan berus atau berus gigi lama.
  • Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.
7. CD/DVD Rom
  •  Guna cd/dvd rom untuk membaca data dan sebagai burner sahaja.
  • Seeloknya untuk menonton cerita, gunalah pemain dvd, ini boleh memanjangkan jangka hayat lens cdrom pada laptop.
  • Penggunaan cd yang tidak berkualiti atau rosak / calar boleh merosakkan lens.
8.  Cakera Keras (Hardisk)
  • Sila simpan segala bahan koleksi (gambar / mp3 / video, dll) selain dari desktop, dan digalakkan disimpan dalam partition yang berlainan (cth. D, E). Ini akan meringankan dan melancarkan proses Windows.
9. USB / Flash Drive
  • USB Drive digunakan untuk menyimpan data secara sementara. Untuk menyimpan data secara kekal, eloklah disimpan dalam external hardisk atau burn data ke cd.
  • Sila eject / cabut USB dari laptop dengan betul dan cermat bagi mengelakkan kerosakan data dan perisian.  
  • Pastikan lampu pada USB telah padam, barulah selamat untuk dicabut dari laptop.
10. Perisian (Software)
  • Install perisian yang perlu sahaja.
  • Tidak digalakkan untuk melakukan installasi lebih daripada satu perisian antivirus. Ini akan melambatkan laptop anda.
  • Sila baca dan fahami peraturan dan syarat untuk installasi sesuatu perisian bagi mengelakkan perisian tersebut memasukkan perisian sampingan yang lain.
  • Download perisian dari laman web yang dipercayai sahaja.
  • Sentiasa berhati-hati dan jangan sekali-kali install perisian antivirus palsu (fake antivirus).