Search Topic

Fakta Menarik PERISIAN


Perisian adalah antaramuka (interface) yang menghubungkan antara pengguna (manusia) dengan mesin. Bahasa perisian atau kod ini pula terbahagi kepada tiga iaitu; perisian sistem, perisian pengaturcara, dan perisian penggunaan atau aplikasi. Berikut beberapa fakta menarik berkaitan dengan perisian:
  • Istilah software pertama kali digunakan oleh John W. Tukey pada 1958.
  • Ciptaan komputer pada pertengahan tahun 1970 mendorong kepada penubuhan firma perisian komputer pertama Microsoft dan Software Arts dengan penghasilan program lembar kerja VisiCalc.
  • Komputer pertama yang boleh menyimpan program perisian merupakan Mesin Eksperimen Skala Kecil Manchester yang dinamakan sebagai Baby. Program pertama mesin ini dihasilkan oleh Tom Kilburn pada 1948 untuk menjalankan Baby.
  • Selepas tahun 1981, program perisian layak untuk dipatenkan oleh Mahkamah Agung.
  • FORTRAN merupakan bahasa pemprograman tahap tinggi pertama yang dicipta oleh John Backus dari IBM pada 1954.
  • Tim Berners-Lee yang mencipta World Wide Web kemudiannya membangunkan bahasa HTML atau hiperteks, HTTP dan URL pada 1990.
  • Generasi kod yang digunakan untuk memprogram komputer dipanggil bahasa mesin atau kod mesin. Ia gabungan nombor 0 dan 1 di mana komputer menterjemahnya sebagai arahan elektrik.
  • Pada 1983, Microsoft Corporation mengumumkan perisian Microsoft Windows untuk komputer IBM dan hampir-hampir menamakannya Interface Manager.
  • Program pertama penerbitan desktop direka oleh Paul Brainard dan syarikat yang diberi nama Aldus. Program berkenaan diberi nama Aldus Pagemaker 1.0.
  • BASIC (Beginner All Purpose Symbolic Instruction Code) ditulis dan dicipta oleh John George Kemeny bersama Tom Kurtzas, ahli matematik Dartmouth College pada 1963.
  • Pemproses perkataan pertama diperkenalkan pada 1979 oleh Micropro International Inc. dan dinamakan sebagai WordStar. Ia merupakan program perisian pemproses perkataan untuk komputer mikro dan antara program perisian terlaris diawal 80an.
  • Charles Bachman mencipta teknologi pangkalan data diawal 1960.
  • Mike Blair menemukan sistem Cyborg pada 1974.
  • MARK-IV adalah bahasa pemprograman generasi keempat dihasilkan oleh Informatic Inc. merupakan produk perisian pertama mencapai jualan $10 juta pada tahun 1962.
  • J.Gregory digelar bapa teknologi DASD (Direct Access Storage Device). Beliau menulis program pengurusan DASD yang pertama.
Sumber Majalah PC Feb. 2010

No comments:

Post a Comment