Search Topic

12 Kegunaan GOOGLE Yang Jarang Diketahui

Biasanya kita hanya menggunakan Google sebagai enjin carian sahaja. Tapi sebenarnya ada lagi kegunaan lain yang sedikit sebanyak boleh membantu kita dikala memerlukan. Berikut antara kegunaannya:

1. Pertukaran Unit
Boleh digunakan untuk menukar nilai mata wang, unit metrik dan sebagainya.
Masukkan '<nilai> <unit> to <unit yang dikehendaki>'
Contoh; rm25 to dollar

2. Dapatkan Definisi
Boleh digunakan apabila ingin mendapatkan definisi atau maksud sesuatu perkataan.
Masukkan 'definition: <kata kunci>'
Contoh; definition: joker

3. Gunakan Simbol " ~ "
Gunakan simbol ~ untuk mendapatkan carian terus yang tepat.
Masukkan '~<kata kunci>'
Contoh; ~glass

4. Mukasurat Spesifik dari Web
Mencari maklumat terus dari laman web yang diketahui.
Masukkan 'site:wikipedia.org <kata kunci>'
Contoh; site:wikipedia.org daywalker

5. Kalkulator
Terus masukkan kiraan yang dikehendaki, anda akan segera mendapat jawapannya.
Contoh; 856-325

6. Masa
Boleh mengetahui masa sekarang ditempat lain.
Masukkan  'what time is it <lokasi>'
Contoh; what time is it putrajaya

7. Carian Format Fail
Untuk mencari maklumat tertentu dalam format yang dikehendaki.
Masukkan 'filetype:<format fail> <kata kunci>'
Contoh; filetype:pdf pekeliling

8. Waktu Matahari Terbit / Terbenam
Untuk mengetahui ramalan waktu matahari terbit dan terbenam di sesuatu lokasi.
Masukkan 'sunset <lokasi>' atau 'sunrise <lokasi>'
Contoh; sunset kuala lumpur

9. Ramalan Cuaca
Boleh dapatkan ramalan cuaca di seluruh dunia termasuk suhu, hujan dan kelajuan angin.
Masukkan 'weather <lokasi>'
Contoh; weather pulau tioman

10. Mengesan Kesalahan Ejaan
Google akan mengesan ejaan di carian enjin. Sekiranya terdapat kesalahan, maka akan keluar ayat "Did you mean <ejaan sebenar>". Sila abaikan sekiranya anda yakin dengan ejaan yang anda taip.

11. Carian Tepat
Untuk mencari maklumat agensi, institusi ataupun individu.
Masukkan ' "<kata kunci>" '
Contoh; "zoo taiping"

12. Laman Berkaitan
Untuk mencari maklumat dari laman web yang berkaitan.
Masukkan 'related: <laman web>/<kata kunci>'
Contoh; related: lowyat.net/ipad


* Sumber dari Majalah PC

No comments:

Post a Comment