Search Topic

Hiasi Firefox Anda

Ingin menukar skin browser Firefox yang nampak kosong? Dahulunya terdapat page 'getpersonas', kini Mozilla Firefox telah ambil alih dan menjadikannya salah satu page Add-ons Themes for Firefox. Getpersonas sangat menarik kepada pengguna browser Mozilla Firefox, kerana boleh menukar skin / tema browser Firefox mengikut citarasa dan selera pengguna. Berikut hanya beberapa langkah mudah untuk menukar skin browser Firefox anda;

1. Buka pautan ini --> https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/themes/
Seterusnya pilih skin kesukaan anda mengikut kumpulan Themes (menu di sebelah kiri).

2. Skin pilihan anda akan dipaparkan, dan seterusnya anda hanya perlu klik pada 'Add to Firefox'.

3. Kini Firefox anda kelihatan lebih menarik dan ceria.

* Untuk pengguna yang lebih kreatif, anda boleh upload skin ciptaan anda ke page berkenaan untuk dikongsi bersama pengguna lain.


No comments:

Post a Comment