Telegram merupakan salah satu aplikasi chat yang percuma dan boleh dimuat turun dan digunakan dalam telefon pintar anda. Fungsinya hampir sama dengan aplikasi WeChat, yang mana boleh digunakan pada dua tempat serentak iaitu pada telefon pintar dan komputer anda. Terdapat dua cara untuk mengakses Telegram dari komputer anda, iaitu secara online web atau secara installasi perisian seperti Yahoo Messenger.
Berikut langkah-langkah mudah untuk menggunakan Telegram di PC anda;
- * Pastikan anda sudah download dan mendaftar nombor telefon anda dalam aplikasi Telegram telefon.
- 1. Buka laman web Telegram.
- 2. Klik pada "More Telegram apps".
- 3. Bagi yang ingin menggunakan secara web, klik pada "Webogram".
- 4. Klik pada "Start Messaging" dan masukkan nombor telefon anda bermula dengan +6 dan seterusnya klik pada "Next".
- 5. Telegram akan menghantar kod melalui SMS ke telefon anda. Masukkan kod tersebut dan "Sign In".
- * Sekiranya anda tidak menerima SMS dalam tempoh 2 minit, Telegram akan menefon anda untuk memberitahu kod Sign In.
- 6. Selesai penggunaan Telegram secara web.
- 7. Bagi yang ingin menggunakan secara aplikasi dalam komputer, download dan install perisian "Telegram for Windows" yang terdapat pada website Telegram.
* Perisian Telegram juga terdapat untuk OS Mac OSX dan Linux. - 8. Selesai proses installasi, buka perisian Telegram.
- 9. Klik pada "Start Messaging", pilih negara yang anda sedang menetap dan masukkan nombor telefon anda dan seterusnya klik pada "Next".
- 10. Telegram akan menghantar kod melalui SMS ke telefon anda. Masukkan kod tersebut dan "Sign In".
- * Sekiranya anda tidak menerima SMS dalam tempoh 2 minit, Telegram akan menefon anda untuk memberitahu kod Sign In.
- 11. Selesai.
No comments:
Post a Comment