Search Topic

4 Jenis PDF Reader Yang Terbaik Untuk Windows

Bagi kebanyakan pengguna, untuk membaca fail berformat PDF, mereka hanya ingat dan install perisian Adobe Reader sahaja. Sebenarnya Adobe’s PDF Reader bukan hanya pilihan yang ada, terdapat juga beberapa lagi perisian yang berkualiti, percuma dan sumber terbuka yang disediakan untuk Windows.
Perisian alternatif yang lain boleh jadi kepada yang lebih ringkas, malah lebih ringan untuk kegunaan membuka PDF semata-mata. Ada juga perisian yang terdapat fungsi tertentu yang tidak terdapat pada Adobe Reader termasuk asas mengedit PDF.

Foxit Reader
Foxit adalah perisian alternatif yang popular selepas Adobe Reader. Ia merupakan salah satu perisian alternatif yang terawal dan masih popular sehingga kini. Semasa proses installasi, ia akan cuba untuk install toolbar dan menukar homepage browser anda. Tidak seperti perisian ringan yang lain, Foxit terbina dengan annotations, highlights dan lain-lain fungsi editing, malah mempunyai lebih kebolehan berbanding Adobe Reader.

Sumatra PDF
Sumatra PDF dikenali dengan perisian PDF Reader yg paling ringan. Ianya sangat mudah dibuka, antaramuka yang ringkas, dan boleh juga didapati dalam bentuk mudah-alih yang boleh dibawa kemana-mana. Perisian ini tidak mempunyai fungsi editing atau tambahan yang lain melainkan sekadar untuk paparan PDF sahaja. Mempunyai kelebihan keyboard shortcut untuk memudahkan pengguna. Selain dari PDF, perisian ini juga boleh buka format fail ebook iaitu ePub dan Mobi, termasuk juga format untuk komik iaitu CBZ dan CBR.

Nitro PDF Reader
Nitro juga antara perisian percuma yg dikenali, mempunyai beberapa fungsi unik, seperti antaramuka yang hampir sama dengan antaramuka Microsoft's ribbon (antaramuka MS Word 2007). Ia mempunyai kelebihan yang tiada dalam aplikasi yang lain, contohnya mempunyai fungsi QuickSign yang membenarkan signature anda diambil dari gambar digital dan terus apply ke dokumen PDF. Nitro PDF juga boleh menukar format Microsoft Word dan lain-lain format kepada format PDF, menukar format PDF kepada teks, dan juga mengekstrak imej dari fail PDF.

Adobe Reader
Adobe Reader masih lagi perisian yang biasa diguna ramai sebagai PDF Reader walaupun ianya bukan yang terpantas. Walaupun umum mengetahui yang terdapat perisian lain yang boleh baca fail PDF, masih juga terdapat beberapa dokumen yang hanya boleh dibaca dengan Adobe Reader. Sekiranya anda pengguna lain-lain perisian selain Adobe Reader, anda masih memerlukan Adobe Reader kerana sesetengah dokumen agak kompleks dan tidak berfungsi dengan sempurna selain Adobe Reader.


No comments:

Post a Comment