1. Bateri
- Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
- Tanggalkan bateri sekiranya ingin menggunakan laptop dalam tempoh yang lama (gunakan adaptor secara terus).
- Sila tanggalkan adaptor apabila bateri sudah dicas penuh.
- Biasanya penggunaan bateri adalah untuk aktiviti luar (outdoor & mobile).
- Pastikan kuasa bateri berada di bawah 10% sebelum dicas semula.
- Elakkan cas bateri secara overnight (sepanjang malam).
- Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50%.
- Letakkan sekeping kertas A4 ataupun keyboard protector untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
- Sesekali lapkan papan kekunci perlahan-lahan dengan menggunakan berus. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
- Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan (USB) supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.
- Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk.
- Gunakan screen saver.
- Power management setkan pada "Turn Off monitor in ... minutes".
- Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
- Jangan sekali-kali menyentuh skrin dengan benda tajam.
- Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan dead pixel.
- Elakkan penggunaan laptop diatas sofa, katil, karpet yang berbulu, dsb. kerana ini akan menutup ruang haba pada laptop dan akan menyebabkan laptop cepat panas.
- Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang haba keluar yang kecil.
- Sentiasa letakkan laptop di tempat yang rata dan tidak menutup ruang haba tersebut.
- Sesekali, bersihkan ruang haba tersebut dengan menggunakan berus.
- Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.
- Fungsinya sebagai melindungi perisian dan perkakasan daripada rosak.
- Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga HDD dan Power Supply.
- Kelebihan AVR (Automatic Voltage Regulator) pula, mengawal dan menstabilkan voltan yang masuk ke laptop. Ia akan bertindak dengan memutuskan bekalan sekiranya terdapat voltan berlebihan.
- Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
- Gunakan berus atau berus gigi lama.
- Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.
- Guna cd/dvd rom untuk membaca data dan sebagai burner sahaja.
- Seeloknya untuk menonton cerita, gunalah pemain dvd, ini boleh memanjangkan jangka hayat lens cdrom pada laptop.
- Penggunaan cd yang tidak berkualiti atau rosak / calar boleh merosakkan lens.
- Sila simpan segala bahan koleksi (gambar / mp3 / video, dll) selain dari desktop, dan digalakkan disimpan dalam partition yang berlainan (cth. D, E). Ini akan meringankan dan melancarkan proses Windows.
- USB Drive digunakan untuk menyimpan data secara sementara. Untuk menyimpan data secara kekal, eloklah disimpan dalam external hardisk atau burn data ke cd.
- Sila eject / cabut USB dari laptop dengan betul dan cermat bagi mengelakkan kerosakan data dan perisian.
- Pastikan lampu pada USB telah padam, barulah selamat untuk dicabut dari laptop.
- Install perisian yang perlu sahaja.
- Tidak digalakkan untuk melakukan installasi lebih daripada satu perisian antivirus. Ini akan melambatkan laptop anda.
- Sila baca dan fahami peraturan dan syarat untuk installasi sesuatu perisian bagi mengelakkan perisian tersebut memasukkan perisian sampingan yang lain.
- Download perisian dari laman web yang dipercayai sahaja.
- Sentiasa berhati-hati dan jangan sekali-kali install perisian antivirus palsu (fake antivirus).
No comments:
Post a Comment