Search Topic

Belajar Menggunakan Norton Ghost


Norton Ghost merupakan salah satu software yang boleh digunakan untuk membuat klon pc / notebook, selain boleh berfungsi sebagai recovery atau untuk installasi pc dengan jumlah yang banyak.

Berikut merupakan langkah-langkah untuk membuat Image dan menyalin Image tersebut ke komputer / notebook yang ingin diklon, dengan menggunakan Norton Ghost 11.5.1 yang terdapat dalam Hiren Boot CD 14.0.

Tatacara Membuat IMAGE Hardisk / Partition

1. Dalam Hiren Boot CD dos Programs, 
pilih Restore Apps.. > Norton Ghost > Ghost (Normal).

2. Paparan Utama

3. Menu Disk :-
a.) Disk to Disk
- untuk menyalin seluruh hardisk ke hardisk yang lain.
b.) Disk to Image
- untuk menyalin seluruh hardisk dan dibuat Image ke hardisk yang lain.
c.) Disk from Image
- untuk menyalin Image sedia ada kepada hardisk.

4. Menu Partition :-
a.) Partition to Partition
- untuk menyalin partition asal ke partition / partition hardisk klon.
b.) Partition to Image
- untuk menyalin seluruh partition dan dibuat Image ke partition / partition hardisk yang lain.
c.) Partition from Image
- untuk menyalin Image sedia ada kepada partition yang dikehendaki.
[Contoh : Pilih Partition to Image (partition C akan dibuat Image ke partition D)]

5. Pilih hardisk / partition asal yang ingin diklon.

6. Pilih destinasi partition / hardisk klon. 
[Contoh : Image akan dibuat ke partition D hardisk yang sama]
Note : Image tak boleh ditulis diatas partition / hardisk asal.

7. Akan keluar paparan option untuk padatkan (compress) Image atau tidak. 
[Biasa pilih > High (jimat saiz)]

8. Pengesahan untuk membuat Image
> Yes

9. Selesai > Continue > Exit & Restart PC
[Jangan lupa keluarkan cd Hiren]

10. Image siap disalin dan disimpan dalam partition D dalam format GHO
Note : Image ini boleh disalin secara 'copy paste' ke external atau 
burn ke cd / dvd, dan boleh digunakan secara serentak lebih dari satu pc.


Tatacara Menyalin IMAGE ke Hardisk / Partition

1. Paparan Utama

2. Menu Disk :-
Pilih Disk To Disk sekiranya ingin menyalin / klon dari hardisk ke hardisk secara terus; atau pilih Disk From Image sekiranya ingin membuat klon hardisk dari Image Hardisk yang sedia ada; atau

3. Menu Partition :-
Pilih Partition To Partition untuk menyalin / klon secara terus; atau Partition From Image sekiranya ingin membuat klon dari Image Partition sedia ada.
[Contoh : Klon partition C daripada Image partition yang disimpan dalam D (lokasi Image Partition)

4. Pilih Image yang ingin digunapakai.
[Contoh : Image partition disimpan didalam D hardisk yang sama]

5. Pilih Image (file GHO)
[Contoh : imagewin7lab.GHO]
Note : Sila pastikan external (USB) atau cd / dvd sedia 
bersambung dengan pc sebelum boot menggunakan Hiren.

6. Pilih destinasi partition / hardisk yang akan diklon.
Merah bermaksud tidak boleh dipilih kerana Image ada disini.
Note : Image tak boleh disalin keatas partition / hardisk yang sama.
> klik OK

7. Proses klon Image bermula.

8. Proses pengklonan selesai.
 Continue > Exit & Restart PC
[Jangan lupa keluarkan cd Hiren] 

Note : Setelah selesai, jangan lupa untuk menukar PC Name bagi mengelakkan pertindihan nama dengan komputer yang asal.

download Hiren disini :

No comments:

Post a Comment