
Tugas Umum JTK Perkhidmatan Awam
Ada 3 bidang utama iaitu Penyelenggaraan Sistem, Penyelenggaraan Aplikasi dan Operasi Sistem.
1. Bidang penyenggaraan sistem
Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan perkakasan IT seperti:
- i. pemeriksaan, penyelenggaraan dan membaik pulih kelengkapan IT yang rosak seperti kerosakan papan induk, cakera keras, cakera liut, tetikus, pencetak dan sebagainya.
- ii. mendapatkan alat ganti dari pembekal.
- iii. memastikan perjalanan sistem dalam keadaan baik.
- iv. mengurus stor dan rekod alat ganti.
- v. menjalankan kerja-kerja peningkatan keupayaan komputer seperti menambah ingatan, VCD-Card, dan lain-lain peralatan komputer.
- vi. menjalankan kerja-kerja yang berkaitan dengan pemasangan komputer dan elektronik seperti asas pendawaian elektrik dan elektronik serta mempateri dan memasang kabel pada komputer.
- a. Melaksanakan instalasi program mengikut keperluan pengguna komputer.
- b. Menjalankan peningkatan perisian ke versi terkini.
- c. Melaksanakan pelarasan sistem berkaitan dengan pembahagian IP - Address, Gateway, Modem dan sebagainya.
- d. Menjalankan ujian ke atas perkakasan dan perisian yang baru dibeli.
- e. Menerima aduan kerosakan dan bertindak ke atas sebarang kerosakan (Help-desk and troubleshooting).
- a. Memberi khidmat nasihat kepada pengguna secara atas talian (online) apabila menerima aduan mengenai kerosakan kecil seperti masalah kerosakan talian data dan merekodkan laporan kerosakan yang agak besar dan rumit.
- b. Memastikan keselamatan data, bilik komputer dan bilik server sentiasa diamalkan.
- c. Amalan pengendalian Sistem Pencegah Kebakaran.
SENARAI TUGAS JURUTEKNIK KOMPUTER FT17 (Sekolah / KPM)
1. Membantu tugas-tugas pengurusan aset ICT di sekolah dibawah penyeliaan Pengetua / Guru Besar / Guru Penyelaras Bestari / Guru Penyelaras ICT.
2. Menyelenggara kemudahan ICT, perisian, perkakasan dan aplikasi yang dibekalkan oleh KPM / BTP / JPN / PPD / PKG serta menyelesaikan masalah teknikal seperti :-
- Pemeriksaan dan penyenggaraan kelengkapan ICT yang rosak seperti kerosakan perkakasan utama, komponen-komponen dan aksesori ICT.
- Membantu, memantau dan menyelia Rangkaian LAN dan WAN serta menyelaras server-server utama dan peralatan seperti Firewall, Proxy, DNS bagi Schoolnet , EGNet, Broadband, Internet Access, Pusat Akses dan sebagainya.
- Help-desk dan 1st Level Support (menerima aduan dan mengenalpasti awal kerosakan)
- Sebagai pegawai urusan bagi aktiviti penyelenggaraan termasuk mencatat log, memantau kerja yang dilakukan oleh pembekal, membuat tindakan susulan kepada pihak berkaitan, mendapatkan alat ganti dari pembekal.
4. Memastikan aspek-aspek keselamatan data, makmal komputer dan bilik server serta lain-lain lokasi di sekolah menepati piawaian dan prosedur keselamatan ICT sepertimana digariskan oleh KPM / BTP / JPN / PPD / PKG / Sekolah serta MAMPU.
5. Membantu pihak pengurusan sekolah dalam aktiviti pengemaskinian data dan maklumat untuk aplikasi EMIS, HRMIS, SMM, SSDM, Sistem Buku Teks dan sebagainya.
6. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Senarai Tugas Juruteknik Komputer (FT) Bagi Badan Berkanun
1. Membantu PPTM dalam sebarang urusan ICT jabatan termasuk bertindak sebagai pengantara antara Helpdesk dan pejabat JPJ Negeri / Cawangan / Stesen Penguatkuasa / Stesen Kawalan Sempadan (ICP) dengan melaporkan semua permasalahan dan aktiviti berkaitan ICT menggunakan sistem log ICT secara cekap dan bersistematik berpandukan Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan.
2. Membantu PPTM untuk membersihkan dan memastikan bilik server sentiasa bersih serta selamat dari sebarang aktiviti yang dilarang @ tiada kebenaran dari pihak pengurusan ICT dan memastikan tugas up/down server berjalan lancar mengikut masa yang telah ditetapkan termasuk semua perkakasan, perisian dan rangkaian berkaitan di dalam bilik server berfungsi dengan baik berdasarkan SOP yang telah dipersetujui
3. Membantu PPTM memberikan khidmat bantuan teknikal (1st level support) serta memantau prestasi perkakasan di kaunter dan back office agar berfungsi dengan baik dan berada pada tahap yang sepatutnya dari masa ke masa melalui laporan harian dan bulanan yang dikelasifikasikan seperti berikut:-
- a) Peralatan server – terdiri dari server utama, backup server, line printer, UPS, cable switches dan power supply.
- b) Peralatan Kaunter – terdiri dari workstation, passbook printer, laminator, UPS dan power supply
- c) Talian Komunikasi – terdiri dari modem, router, kabel, sistem rangkaian LAN dan WAN serta capaian talian komunikasi ke host sentiasa dalam talian (online)
- d) Sistem Aplikasi (selain SIKAP)
- a) Proses permulaan dan penghujung hari dijalankan mengikut arahan yang telah ditetapkan serta memantau keberkesanan dan prestasi sistem
- b) Pengemaskinian sistem SIKAP untuk memastikan versi yang betul dan terkini melalui:-
- i. Membuat pemindahan Online Distribution System (ODS)
- ii. Salin Aturcara Baru (SAB) menggunakan disket
6. Bekerjasama penuh dengan pegawai-pegawai teknikal ICT Ibu Pejabat dalam mengurus serta menyediakan peralatan ICT yang lengkap dengan capaian talian ke host yang lancar bagi memastikan pelaksanaan Program Khas JPJ (Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) /Program JPJ Bersama Rakyat (JBR) / Pameran / Hari Bersama Pelanggan) berjaya dilaksanakan sehingga selesai mengikut perancangan pihak pengurusan JPJ Negeri
7. Membantu PPTM memberi khidmat nasihat teknikal ke atas perolehan peralatan ICT dan/atau latihan serta kursus kerjaya kakitangan kepada pihak pengurusan pejabat JPJ Negeri / Cawangan / Stesen Penguatkuasa / Stesen Kawalan Sempadan (ICP); dan menyediakan Laporan Kajian Keperluan berkaitan Keberkesanan Keperluan Perolehan atau Latihan
8. Membantu pihak pengurusan IT menyelia kerja-kerja pemasangan dan instalasi perkakasan/perisian baru yang dilakukan oleh vendor yang dilantik adalah mengikut spesifikasi dan kuantiti yang ditetapkan
9. Membantu PPTM memberi khidmat nasihat teknikal kepada pihak pengurusan dan kakitangan JPJ berkaitan ICT
10. Membantu PPTM menerima peralatan ICT yang dibekalkan oleh Ibu Pejabat atau yang dibeli oleh pihak pengurusan JPJ Negeri serta memastikan kuantiti dan spesifikasi barang yang diterima adalah betul mengikut pesanan yang sepatutnya.
11. Membantu PPTM memberi khidmat nasihat teknikal kepada pihak pengurusan kewangan JPJ Negeri dalam memastikan sistem kewangan yang digunakan seperti eSPKB, ePerolehan, eTerimaan dan sebagainya dapat diakses dengan lancar.
12. Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh pihak pengurusan atasan, yang tidak melibatkan urusniaga.
13. Pentadbir dan menyelenggara Aplikasi WebMarshall
14. Memastikan pengaksesan ke Internet dalam keadaan stabil dan memantau ISP Jaring dan Streamyx
15. Pentadbir dan menyelenggara Aplikasi MailMarshall
16. Menyelenggara Email Server Lotus Notes Domino01 dan Cluster01.
17. Pentadbir dan menyelenggara Aplikasi StarCat dan StarCat Helpdesk (Patch Management untuk komputer dan Server di MPC HQ)
18. Pentadbir dan menyelenggara Aplikasi Lotus Notes
19. Melaksanakan pembersihan virus pada komputer pengguna dan juga server.
20. Memastikan Pattern Trend Micro Anti Virus adalah yang terkini pada server Anti Virus.
21. Memantau perkhidmatan IPVPN antara wilayah (5 Wilayah).
22. Memantau perjalan ICT di semua pejabat dan wilayah termasuk MPC Kota Bharu dan MPC Kuala Terengganu ( 7 wilayah )
23. Memastikan penyelenggaraan server dilaksanakan Mengikut Jadual.
24. Memastikan pengguna dapat akses ke Sistem Rangkaian MPC.
25. Menyelenggara komputer user yang menghadapi masalah akses ke sistem rangakaian dan masalah email.
26. Membuat kerja-kerja Formatting Server dan membuat Konfigurasi AD dan DNS
27. Troubleshoot Sistem SAGA di semua wilayah
28. Memantau sistem penyelengaraan atau kerosakan printer di ibu pejabat.
29. Memastikan sistem rangkaian di ibu pejabat dan cawangan berada dalam keadaan baik.
30. Menjalankan kerja-kerja penyelengaraan bagi peralatan ICT di ibu pejabat dan pejabat-pejabat wilayah.
31. Membuat troubleshooting terhadap network sekiranya berlaku kegagalan sambungan.
32. Membuat konfigurasi network di Core Switch dan lain-lain manageable switch.
33. Memantau perjalan system Backup dan membuat rules backup system.
- Mengurus, memantau dan menyelia aktiviti perpindahan MPC Kelantan
- - Kerja-kerja melibatkan pengkebalan semula network, pemindahan sambungan internet, pembelian printer, Wi-Fi dan segala keperluan IT di Pejabat MPC Kelantan
35. Memantau sistem Network bagi pejabat MPC Petaling Jaya dan semua pejabat wilayah berjalan dengan lancar
36. Memantau infra ICT.
37. Memastikan kesemua sistem rangkaian berjalan dengan lancar.
38. Melaksanakan penyelenggaraan pada kesemua komputer user dan juga server di Pejabat MPC PJ8 sebulan sekali.
Senarai Tugas Juruteknik Komputer (FT) Bagi Seluruh Universiti
1. Melaksanakan kerja baikpulih bagi semua peralatan/perkakasan/perisian ICT bagi kerosakan perkakasan yang dihantar ke PTM oleh pelanggan.
2. Membaiki komputer yang dihantar oleh pengguna ke PTM bagi baikpulih.
3. Memasang dan menguji semua perisian atau program komputer yang diperlukan pelanggan.
4. Melaksanakan tugasan pengujian dan pemasangan bagi komputer yang telah siap di baikpulih.
5. Melaksanakan penerimaan dan penyerahan perkakasan computer.
6. Menerima perkakasan komputer Universiti sahaja untuk di baikpulih.
7. Menyerahkan komputer kepada pengguna setelah selesai di baikpulih.
8. Menyerahkan perkakasan komputer baru kepada pengguna.
9. Menerima perkakasan komputer dari pengguna untuk pemulangan semula.
10. Menerima, menyemak, merekod dan mengagihkan komputer yang diterima untuk dibaikpulih.
11. Membuat sistem baikpulih dan mengagihkan tugasan kepada JTK mengikut giliran.
12. Menguji komputer untuk membuat senarai semak.
13. Merekod aduan dalam sistem baikpulih computer.
14. Melaksanakan penyelenggaraan perkakasan ICT di Bilik Mesyuarat dan Notebook PTM mengikut keperluan.
15. Melaksanakan penyediaan keperluan ICT bagi acara rasmi Universiti.
16. Bertugas sebagai petugas teknikal bagi acara rasmi Universiti.
17. Kerja penyelenggaraan ini dilakukan dengan mengikut jadual yang disediakan oleh pengawai.
18. Memastikan penyelenggaraan dan baikpulih peralatan/perkakasan/perisian ICT menepati objektif kualiti yang telah ditetapkan.
19. Melakukan kerja-kerja penyelenggaraan, perisian ICT dan memastikan ianya mengikut piagam pelanggan serta ISO dan PTM.
20. Memastikan perkakasan yang diselenggara secara berkala berfungsi dan tersedia untuk digunakan.
21. Menyeragamkan komputer yang berada di makmal multimedia.
22. Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan Dewan kuliah, makmal komputer berada dalam keadaan baik dan sempurna dan pastikan pengguna berpuashati dengan kerja yang diselesaikan.
23. Menerima, merekod dan memberi maklumbalas aduan kerosakan dari pelanggan.
24. Menerima, merekod dan memberi maklumbalas permohonan perkhidmatan.
25. Melaksanakan kerja baikpulih secara dalaman bagi mengurangkan kos baikpulih termasuk alat ganti.
26. Melaksanakan penyenggaraan berjadual bagi peralatan / perkakasan / perisian.
27. Melaksanakan kerja-kerja baikpulih bagi peralatan / perkakasan yang mengalami kerosakan.
28. Membuat pemantauan sistem rangkaian internet dan WIFI.
29. Membuat pemantauan makmal dan terminal pc pelanggan (OPAC,Selfcheck dsb.)
30. Mengumpul dan menyediakan data untuk analisa status trafik rangkaian dalaman dan luaran mengikut keperluan.
31. Membangun dan menyelenggara server web unit bahagian
32. Membangun dan menyelenggara perkhidmatan live streaming
33. Memantau dan menguji audit keselamatan rangkaian
34. Mememasang dan mengawal/Menyelia/Konfigurasi Server berpusat Symantec Endpoint Protection
35. Mengawal dan Memantau serta konfigurasi Network Access Control Symantec
36. Memasang dan mengendalikan rangkaian seluruh kampus
37. Membuat pemasangan dan konfigurasi wifi/wireless di lokasi baru secara berperingkat didalam kampus
38. Membantu dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi pengguna-pengguna dalam rangkaian
39. Membantu kerja-kerja teknikal pendawaian rangkaian
40. Memasang kabel UTP untuk kegunaan jabatan dan pengguna di seluruh
41. Petugas teknikal semasa pendaftaran pelajar baru sama ada di Pusat Teknologi Maklumat ataupun di kolej-kolej
42. Memantau server rangkaian pada domain satu dan dua sentiasa ‘up’ dan berfungsi dengan baik dari masa ke semasa
43. Menyediakan laporan statistik pemantauan rangkaian (graf pencapaian).
44. Melaporkan status trafik penggunaan rangkaian secara harian.
45. Merekodkan / mengenalpasti punca ketidakbolehan capaian suis rangkaian universiti.
46. Menyemak dan memastikan skrin-skrin pemantauan sentiasa tersedia setiap masa (pc –pc monitoring).
47. Melakukan pemasangan unit perkakasan dan perisian komputer untuk keperluan dalaman.
48. Memeriksa , menjalankan kerja-kerja pencegahan dan menyelenggara kelengkapan ICT yang rosak seperti kerosakan perkakasan utama, komponen- komponen dan aksesori ICT dalam unit perkhidmatan.
49. Melaksanakan pengemaskinian dan menaiktaraf perisian- perisian yang telah sedia ada kepada versi -versi perisian yang terbaru windows update, patch, antivirus
50. Pemudahcara bahagian untuk menyelesaikan masalah kerosakan rangkaian
51. Menjalankan kerja-kerja pemasangan dan pendawaian jaringan(network) server di Rak.
52. Menjalankan Backup dan Restore harian, mingguan dan bulanan bagi Sistem maklumat Universiti.
53. Memantau Sistem Maklumat Universiti dan Pelayan (Server) dan menyelesaikan masalah pelayan (server) sebelum diselia oleh pegawai berkenaan.
54. Memastikan pita-pita media yang telah backup berada dalam keadaan baik dan sempurna.
55. Mengawal selia bilik pelayan (server) untuk pegawai, kakitangan PTM dan mereka yang dibenarkan sahaja.
56. Menyediakan laporan statistik pemantauan (graf pencapaian) suhu dan kebolehcapaian server.
57. Melakukan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
No comments:
Post a Comment