Search Topic

1AKSES

 

1AKSES adalah laman rasmi Enjin Carian Kerajaan Malaysia. Pautan laman ini adalah http://1akses.malaysia.gov.my. Anda hanya perlu taipkan info yang anda perlukan ke dalam kotak carian dan seterusnya tekan pada 'Go'.


Selamat mencuba.


GAMMA


Seiring dengan teknologi masa kini, GAMMA (Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia) dibangunkan sebagai pusat pengumpulan pelbagai aplikasi rasmi Kerajaan Malaysia untuk telefon pintar dan lain-lain gajet. Antara aplikasi yang terdapat dalam GAMMA ini termasuklah MyHRMIS, MyJakim, MySPAD, dan juga MyHealth.


Untuk mendapatkan GAMMA; buka pada Play Store/Google Play pada gajet anda, cari aplikasi GAMMA.my, muat turun dan install aplikasi tersebut.


Selesai installasi aplikasi GAMMA.my, jalankan aplikasi tersebut dan anda bolehlah pilih aplikasi pilihan anda, muat turun dan install.

Boleh juga layari pada laman sesawang GAMMA.

Selamat mencuba.


Audit Perkakasan Komputer Anda

 
Perisian Speccy ini merupakan salah satu perisian untuk mengaudit perkakasan dalam komputer anda termasuk versi sistem operasi, maklumat lengkap berkenaan prosessor, RAM, hardisk dan lain-lain lagi termasuk tetapan rangkaian disamping sangat mudah didapati dan digunakan, mesra pengguna serta ianya adalah percuma. Terdapat lagi satu Speccy versi Professional yang memaparkan maklumat yang lebih lanjut lagi berkenaan perkakasan tersebut. Ianya hampir sama dengan WinAudit, kecuali tidak memaparkan maklumat perisian.
Maklumat lanjut dan perisian Speccy versi terkini boleh didapati disini.
 

Selamat mencuba.