Wonder Pets! Wonder Pets!
We're on our way
To help a friend and save the day
We're not too big and we're not too tough
But when we work together, We've got the right stuff
Go, Wonder Pets, ya'ay!
Search Topic
GAMMA
Seiring dengan teknologi masa kini, GAMMA (Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia) dibangunkan sebagai pusat pengumpulan pelbagai aplikasi rasmi Kerajaan Malaysia untuk telefon pintar dan lain-lain gajet. Antara aplikasi yang terdapat dalam GAMMA ini termasuklah MyHRMIS, MyJakim, MySPAD, dan juga MyHealth.
Untuk mendapatkan GAMMA; buka pada Play Store/Google Play pada gajet anda, cari aplikasi GAMMA.my, muat turun dan install aplikasi tersebut.
Selesai installasi aplikasi GAMMA.my, jalankan aplikasi tersebut dan anda bolehlah pilih aplikasi pilihan anda, muat turun dan install.
Boleh juga layari pada laman sesawang GAMMA.
Selamat mencuba.
Audit Perkakasan Komputer Anda
Perisian Speccy ini merupakan salah satu perisian untuk mengaudit perkakasan dalam komputer anda termasuk versi sistem operasi, maklumat lengkap berkenaan prosessor, RAM, hardisk dan lain-lain lagi termasuk tetapan rangkaian
disamping sangat mudah didapati dan digunakan, mesra pengguna serta
ianya adalah percuma. Terdapat lagi satu Speccy versi Professional yang memaparkan maklumat yang lebih lanjut lagi berkenaan perkakasan tersebut. Ianya hampir sama dengan WinAudit, kecuali tidak memaparkan maklumat perisian.
Maklumat lanjut dan perisian Speccy versi terkini boleh didapati disini.
Selamat mencuba.
Uji Kekuatan Password
Ingin menguji sejauh mana kekuatan password anda?
Layari passwordmeter.com
Password yang lemah akan mudah diceroboh oleh penggodam. Seeloknya gunakan gabungan huruf besar dan kecil, nombor dan juga simbol. Lebih panjang dan banyak gabungan password anda, maka akan lebih susah untuk penggodam menggodam password anda.
Selamat mencuba.
Subscribe to:
Posts (Atom)





