Search Topic

NirSoft


Laman web NirSoft telah dibangunkan sendiri sepenuhnya oleh Nir Sofer, menyediakan koleksi unik perisian utiliti percuma yang bersaiz kecil dan sangat berguna. Antara freeware yang ada termasuklah Utiliti untuk Password Recovery, Utiliti untuk Sistem Operasi, dan juga Utiliti untuk Microsoft Outlook / Office. Terdapat beberapa perisian yang dihasilkan oleh Nir Sofer ni telah diiktiraf oleh laman web yang terkemuka termasuk PC World dan Softpedia.
Laman web NirSoft boleh dilayari disini.

Selamat mencuba.


1AKSES

 

1AKSES adalah laman rasmi Enjin Carian Kerajaan Malaysia. Pautan laman ini adalah http://1akses.malaysia.gov.my. Anda hanya perlu taipkan info yang anda perlukan ke dalam kotak carian dan seterusnya tekan pada 'Go'.


Selamat mencuba.


GAMMA


Seiring dengan teknologi masa kini, GAMMA (Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia) dibangunkan sebagai pusat pengumpulan pelbagai aplikasi rasmi Kerajaan Malaysia untuk telefon pintar dan lain-lain gajet. Antara aplikasi yang terdapat dalam GAMMA ini termasuklah MyHRMIS, MyJakim, MySPAD, dan juga MyHealth.


Untuk mendapatkan GAMMA; buka pada Play Store/Google Play pada gajet anda, cari aplikasi GAMMA.my, muat turun dan install aplikasi tersebut.


Selesai installasi aplikasi GAMMA.my, jalankan aplikasi tersebut dan anda bolehlah pilih aplikasi pilihan anda, muat turun dan install.

Boleh juga layari pada laman sesawang GAMMA.

Selamat mencuba.